Monday, November 3, 2014
MANCHESTER UNITED ALAMI KRISIS PEMAIN PERTAHANAN
MANCHESTER UNITED ALAMI KRISIS PEMAIN PERTAHANAN
![]() |
Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan |
MANCHESTER UNITED ALAMI KRISIS PEMAIN PERTAHANAN
Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan
Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan. Kecederaan bahu kiri yang dialami pertahanan Manchester United, Marcos Rojo bakal merunsingkan pengendalinya Louis van Gaal apabila Chris Smalling turut dilayangkan kad merah. Krisis kekurangan pemain pertahanan itu kembali menghantui Van Gaal ketika anak didiknya tewas kepada Manchester City 1-0 di Stadium Etihad pada Ahad.Ketika kehilangan Rojo yang berjaya menggagalkan penguasaan City pada minit ke-56, jurulatih kelahiran Belanda itu membawa masuk pertahanan mudanya Paddy McNair. Rojo yang dibeli pada harga £16 juta diusung keluar dengan diberikan bantuan oksigen kerana terseliuh bahu. Pemain pertahanan Argentina itu mengalami kecederaan ketika cuba menghalang pergerakan Martin Demichelis. Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan.
Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan
Berikutan itu, Van Gaal kini kehilangan tiga pemain pertahanan iaitu Rojo, Smalling dan Jonny Evans, manakala kekosongan itu mungkin akan diambil alih oleh McNair yang berjaya mempamerkan aksi konsisten sehingga kini. Louis van Gaal menggelar Chris Smalling sebagai bodoh apabila dilayangkan kad merah sekaligus menyebabkan Manchester United tewas 1-0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Ahad. Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan.![]() |
Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan |
Kekalahan yang membawa United menghuni tangga ke-10 dengan mengumpul 13 mata merupakan permulaan terburuk pasukan itu dalam tempoh 28 tahun. Smalling digelar bodoh apabila menerima kad kuning pertama selepas tujuh minit permainan bermula sebelum dilayangkan kad merah tanpa sempat babak pertama tamat. Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan.
Kad kuning pertama diberikan kerana Smalling menghalang penjaga gol City, Joe Hart manakala kad kuning kedua berserta kad merah dilayangkan pada minit ke-39 apabila dia menjatuhkan James Milner. Van Gaal mendedahkan, Smalling telah memohon maaf kepada rakan sepasukan tetapi pertahanan itu sepatutnya tahu adalah lebih baik dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakan bodoh tersebut. Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan.
"Ia (kad merah) telah memberi kesan kepada pasukan lawan, juga kepada kami. "Walaupun bermain dengan 10 pemain, tetapi mereka telah bermain dengan lebih baik berbanding babak pertama. Itulah semangat berpasukan. "Dibuang padang bukan perkara pokok. Sebagai pemain kamu perlu mengawal sikap agresif dalam perlawanan seperti ini," jelasnya. Van Gaal memberitahu, sebagai pemain, Smalling sepatutnya berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima kad kuning pertama. "Bagi kad kuning pertama saya tidak peduli, tetapi kad kuning kedua itu bodoh," ujarnya. Manchester United Alami Krisis Pemain Pertahanan.
About: Artzlizan
You may also like...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts
Popular Posts
-
Pemain Manchester City Hadapi Krisis Keyakinan PEMAIN MANCHESTER CITY HADAPI KRISIS KEYAKINAN Pemain Manchester City Hadapi Krisis K...
No comments:
Post a Comment