Saturday, November 14, 2015

Marton Fulop Meninggal Dunia Pada Usia 32 Tahun

Marton Fulop Meninggal Dunia Pada Usia 32 Tahun

BEKAS penjaga gol Sunderland dan Manchester City, Marton Fulop meninggal dunia pada usia 32 tahun selepas menderita akibat penyakit kanser.

Fulop, yang beraksi untuk sembilan kelab Inggeris selepas berpindah dari MTK Hungaria ke Tottenham pada tahun 2004, telah menjalani rawatan kanser di lengannya pada Jun 2013.

"Saya pasti selepas beberapa bulan lagi, saya sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk kembali beraksi," katanya selepas menjalani pembedahan kanser pada tahun 2013, namun sebaliknya berlaku.

Pada Februari 2014, Fulop diberi peluang beraksi pada saingan akhir Piala Liga di antara Sunderland dan Manchester City dan sekali lagi berharap dia boleh meneruskan kariernya.

Namun, selepas menderita akibat penyakitnya itu, Fulop yang mencatat 24 kap antarabangsa menghembuskan nafas terakhir pada Khamis.

"Selepas penderitaan panjang, Marton Fulop meninggal dunia dan kami semua diselubungi kesedihan di atas kehilangannya," jelas kenyataan MTK di laman rasmi kelab itu.

Sebagai rekod, Fulop mencatat 50 penampilan bersama Sunderland sebelum berpindah secara pinjaman ke Leicester City dan selepas itu ke Manchester City pada musim 2009-10.

Selepas itu, Fulop menyertai Ipswich Town serta menghabis semusim bersama West Brom sebelum mengakhiri kariernya di  kelab Greek, Asteras.

Kelayakan Piala Dunia 2018: Aksi Argentina-Brazil Ditunda

Kelayakan Piala Dunia 2018: Aksi Argentina-Brazil Ditunda



PERLAWANAN pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Argentina dan Brazil terpaksa ditunda selepas Stadium Monumental Antonio Vespucio Liberti di Buenos Aires dipenuhi air gara-gara dilanda hujan lebat sebelum itu.

Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada Khamis malam ditunda kepada Jumaat malam.

Penangguhan perlawanan itu tidak memberi masa rehat kepada pasukan tuan rumah apabila mereka memenuhi waktu itu dengan bermain bola keranjang bagi memastikan tahap kecergasan terus berada dalam keadaan memuaskan.

Chelsea Sanggup Bayar RM474 Juta Demi Ronaldo

Chelsea Sanggup Bayar RM474 Juta Demi Ronaldo


Cristiano Ronaldo.
Chelsea Sanggup Bayar RM474 Juta Demi Ronaldo
CRISTIANO Ronaldo dikaitkan bakal kembali ke Manchester United tetapi kini akhbar Sepanyol mendakwa pemilik Chelsea, Roman Abramovich cuba untuk mendapatkan pemain sensasi itu.
Bintang Real Madrid itu menjadi sasaran terbaharu Abramovich untuk memperbaiki prestasi buruk pasukan tersebut pada musim ini.
Jutawan Rusia itu dikatakan bersedia membayar melebihi 100 juta euro (RM474 juta), bayaran yang membolehkan Ronaldo diangkat sebagai pemain termahal dunia buat kali kedua sepanjang kariernya.
Menurut akhbar tersebut, Chelsea akan menjual beberapa pemainnya untuk menampung pembelian Ronaldo.
Nemanja Matic dan Oscar antara yang bakal dijual selain Eden Hazard yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid baru-baru ini.
United, bekas kelab Ronaldo pernah berusaha untuk membawanya kembali pada 2013 tetapi pemain berkenaan menyambung kontraknya selama lima tahun di Bernabeu.
Ronaldo, 30, kini mengakui gembira di Real Madrid dan tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Peluang Malaysia Ke Pusingan Akhir Tertutup


Peluang Malaysia Ke Pusingan Akhir Tertutup


Pemain Palestin meraikan kejayaan mereka.

Peluang Malaysia Ke Pusingan Akhir Tertutup

Malaysia boleh melupakan hasrat merebut tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas mengalami kekalahan keempat pada pusingan kelayakan Kumpulan A, malam Khamis.
Kekalahan 0-6 kepada Palestin di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan pada aksi keenam Khamis, menyaksikan skuad Harimau Malaya kekal menghuni tangga keempat menerusi kutipan empat mata dengan baki dua perlawanan.
Ia merupakan jaringan sama dicatat Palestin ketika memalukan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Jun lepas.
Beraksi dalam keadaan cuaca sejuk sekitar 17 darjah celsius, seolah-olah memberi rahmat kepada Palestin yang melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu skuad Harimau Malaya.
Hasilnya, pemain kelahiran Chile, Jonathan Cantillana yang juga kapten pasukan meletakkan Palestin di hadapan pada minit ke-36 menerusi sepakan perlahan tetapi sudah cukup untuk menerjah sebelah kiri pintu gol Malaysia.
Selang dua minit kemudian, Ahmed Abunahia menggandakan kedudukan untuk Palestin, selepas beliau bijak mencuri bola yang cuba dilorongkan oleh Matthew Davies kepada Razman Roslan, sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Abunahia meledak gol kedua peribadi pada minit ke-45 selepas bijak memanfaatkan keadaan kelam kabut di dalam kawasan penalti skuad negara dan keputusan 3-0 itu kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Palestin terus menggandakan serangan ke arah kubu skuad Harimau Malaya dan Abunahia melakar nama selaku penjaring hatrik hasil tolakan mudah ke dalam pintu gol Malaysia pada minit ke-58.
Palestin menambah dua lagi gol, masing-masing menerusi pemain gantian, Tamer Seyam pada minit ke-88 dan Jaka Hbaisha pada masa kecederaan separuh masa kedua bagi melengkapkan kejayaan cemerlang pasukan kendalian Abdal Nasser Barakat itu.
Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi seterusnya di Stadium Shah Alam, 17 November ini.
Pada satu lagi aksi Kumpulan A, UAE meraih kemenangan selesa 8-0 ke atas pasukan tercorot kumpulan, Timor Leste di Stadium Mohammed Bin Zayed di Abu Dhabi, UAE.

Friday, November 28, 2014

KEPUTUSAN LIGA EUROPA JUMAAT 28 NOVEMBER 2014

Keputusan Liga Europa Jumaat 28 November 2014
Liga Europa

Keputusan Liga Europa Jumaat 28 November 2014

Keputusan Liga Europa Jumaat 28 November 2014
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Europa yang berlangsung awal pagi Jumaat:

GD Estoril Praia 3 - 2 PSV

FC Zürich 3 - 1 Apollon Limassol

Villarreal CF 2 - 2 Borussia M’gladbach

HJK 2 - 1 FC Copenhagen

Torino 0 - 0 Club Brugge

Asteras Tripolis 2 - 2 Besiktas

Tottenham Hotspur 1 - 0 Partizan Belgrade

FC Astra 1 - 0 Dinamo Zagreb

Celtic 1 - Red Bull Salzburg

Saint-Etienne 1 - 1 Qarabag Agdam

Internazionale 2 - 1 Dnipro Dnipropetrovsk

Feyenoord 2 - 0 Sevilla FC

NK Rijeka 2 - 0 Standard Liège

VfL Wolfsburg 0 - 2 Everton

Sparta Prague 0 - 0 Napoli

Slovan Bratislava 1 - 3 BSC Young Boys

Dynamo Kiev 2 - 0 Rio Ave FC

AaB 1 - 0 Steaua Bucharest

En Avant Guingamp 1 - 2 Fiorentina

Dinamo Minsk 0 - 2 PAOK

Lokeren 1 - 0 Legia Warszawa

Trabzonspor 3 - 1 Metalist Kharkiv

FK Krasnodar 1 - 1 Lille OSC

Dinamo Moscow 2 - 1 Panathinaikos

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Khamis 27 November 2014

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Khamis 27 November 2014

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Khamis 27 November 2014
Cristiano Ronaldo
BERIKUT adalah lapan lagi perlawanan yang berlangsung membabitkan saingan empat lagi kumpulan.

Kumpulan A
Malmo (SWE) 0 - Juventus (ITA) 2
Atletico Madrid (ESP) 4 - Olympiakos (GRE) 0

Kumpulan B
Basel (SUI) 0 - Real Madrid (ESP) 1
Ludogorets Razgrad (BUL) 2 - Liverpool (ENG) 2

Kumpual C
Bayer Leverkusen (GER) 0 - Monaco (FRA) 1
Zenit St Petersburg (RUS) 1  - Benfica (POR) 0

Kumpulan D
Arsenal (ENG) 2  - Borussia Dortmund (GER) 0
Anderlecht (BEL) 2  - Galatasaray (TUR) 0

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH RABU 26 NOVEMBER 2014

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Rabu 26 November 2014
Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Rabu 26 November 2014

KEPUTUSAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH RABU 26 NOVEMBER 2014


Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Rabu 26 November 2014


BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi Rabu:

KUMPULAN E

CSKA MOSCOW 1-1 AS ROMA
MAN CITY 3-2 BAYERN MUNICH

KUMPULAN F

PSG 3-1 AJAX AMSTERDAM
APOEL NICOSIA 0-4 BARCELONA

KUMPULAN G

SCHALKE 04 0-5 CHELSEA
SPORTING LISBON 3-1 MARIBOR

KUMPULAN H

BATE BORISOV 0-3 PORTO
SHKHTAR 0-1 BILBAO